Tuesday, October 19, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 8

Pada hari ketiga di Madinah, selepas solat subuh saya berkumpul untuk menaiki bas bagi ziarah luar iaitu melawat Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Masjid Tujuh dan akhirnya ke kebun kumra dan Pasar kurma.
Masjid Quba sering dikunjungi oleh Rasullah s.a.w, kadang-kadang dengan menaiki binatang tunggangan dan kadang-kadang berjalan kaki. Kelebihan masjid ini ialah Barangsiapa berwuduk di rumah kediamannya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mengerjakan silat sunat dua rakaat, maka pahalanya adalah seperti pahala orang mengerja Umrah (Diriwayat oleh Ibnu Majah dan Tarmizi) Ya Allah engkau berilah daku kefahaman peranan masjid iaitu membentuk ketakwaan kepada mu.
Masjid Qiblatain ialah Masjid dua kiblat dimana Diriwayatkan Al-Baidhawi dan Yahya, perintah pertukaran kiblat ini turun ketika Rasullah s.a.w bersama beberapa sahabat sedang solat zuhur. Dalam rakaat kedua maka turunlah wahyu Allah s.w.t agar banginda mengubah kiblat ke arah Baitullah di Makkah. Ya Allah engkau jadi menjadi daku hamba mu patuh segala arahan mu.
Bukit Uhud telah berlakunya peperangan yang sengit dan menyebabkan 70 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kesemuanya disemadikan berhampiran dengan bukit tersebut. Ya Allah engkau jadilah daku bersungguh mempelajari dan menyampaikan ajaran mu walaupun pelbagai rintangan dan halangan.
Masjid Tujuh dikawasan ini Rasullah dan sahabat mengali parit sepanjang 3km dan lebar 6 meter dan dalam tinggi seorang yang berdiri dengan kedua-dua tanggan diangkat lurus ke atas. Sekarang parit tiada lagi dan Masjid hanya tinggal 5 buah sahaja. Ya Allah jadikan daku hamba mu yang bergerak dalam jemaah bagi segala tindakan mentaati mu.

1 comments:

araifkasa said...

Terima kasih atas usaha Tuan Haji mencatatkan pengembaraan Haji tahun lepas. Saya telah berhaji pada tahun 2006 yang lalu. Setiap tahun saya suka mengikuti catatan perjalanan haji yang ditulis oleh jemaah haji. Cuma izinkan sikit saya memberi pandangan mengenai kesedaran pentingnya menjaga kebersihan dikalangan jemaah haji kita. Perkara ini patut ditekankan dan dimasukkan dalam silibus kursus haji. Pada pandangan saya banyak yang boleh diperbaiki tentang perkara ini. Ada jemaah haji Malaysia yang berselipar di dalam masjid khususnya di tingkat teratas di masjidil haram. Kan ini mencemar kebersihan masjid suci tersebut. Ada jemaah haji yang meluahkan kahak dalam corong tong air zam-zam. Dan semasa mabit di Mudzalifah, banyak pembuangan sampah dan pembaziran makanan berlaku. Boleh tak ditetapkan setiap ketua kumpulan atau pakej semasa di Mudzalifah menyediakan kakitangan mereka untuk menyediakan plastik sampah yang besar supaya semua sampah dapat dikumpulkan dan ini memudahkan pihak berkuasa membersihkan tempat tersebut. Jadikan jemaah haji kita sebagai Jemaah Haji Berminda Kelas Pertama kerana ini juga sudah tentunya selaras dgn tuntutan Islam. Biarlah kawasan jemaah haji negara lain dipenuhi sampah tapi dikawasan jemaah haji Malaysia ianya bersih. Ini boleh dilakukan selarasnya doa kita untuk mendapat haji mabrur iaitu haji yang disempurnakan tanpa ada dosa. Kan membuang sampah tu pun berdosa juga. Tetapi minda jemaah kita kurang kesedaraan mengenai perkara ini. Makanan terutamanya makanan kering banyak diedarkan kepada jemaah haji. Sama ianya daripada individu di Saudi atau kerajaannya tidak menjadi masalah kerana usaha mereka memberi makan dan layanan kepada jemaah haji besar pahalanya. Tapi semasa nak bertolak ke Mina banyak makanan ditinggalkan oleh jemaah kita. Saya rasa daripada ditinggalkan begitu saja baiklah makanan ini dikumpulkan ke satu tempat supaya dapat dikutip oleh jemaah haji lain yang memerlukannya. Saya perhatikan perkara ini kerana dalam perjalanan haji saya kumpulan kami adalah yang terakhir meninggalkan Mudzalifah dan sempat bersolat subuh di sini. Kepada jemaah lain mungkin tak perasaan kerana mereka meninggalkan Mudzalifah selepas tengah malam. Kesimpulannya jadikan jemaah haji kita sebagai jemaah haji berminda kelas pertama, insyaAllah semuanya akan mendapat haji mabrur.
Sudilah apa kiranya pandangan ini dapat dikemukakan kepada pihak yang berkenaan di Tabung Haji.

Terima kasih.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes